Pagi-pagi gua bangun dah lambat, automatik boleh tutur bahasa Sepanyol. Adalah sorang dua balas dan petah berbahasa Spanish. Tak sia-sia gua tengok Messi dribble bola masa world cup dulu. Baru gua sedar esok genap sebulan Pengarah baru amik takhta rasmi jadi Pengarah kat jabatan gua. Sepatutnya dah boleh buat kenduri kesyukuran. Kenapa tiba-tiba gua cakap ‘bahasa gua’ sebab gua dah penat dengar dia main sembur-sembur perkataan tak professional dari mulut dia. Sebab tu ramai yang stress dan kahwin lambat.

Tadi gua ada briefing kat Auditorium, ada mamat hensem duduk sebelah gua.

Tapi mulut dia berbau.

eleensays: jumaat ni hari besar hanya untuk orang besar.

Advertisements